Sabtu, 15 November 2014

Yoga | Perut Selalu Masuk Angin?

Anda pernah sakit perut disebabkan masuk angin? Gastrik? Tentunya pernah apatah lagi mereka yang ada gastrik macam saya. Kali ini saya ingin berkongsi satu tips untuk mengatasi masalah perut masuk angin. Idea ini tercetus apabila saya 'diserang' sakit gastrik beberapa hari yang lepas selepas saya minum teh banyak-banyak. Macam biasa, apabila gastrik menyerang terasa perut tidak selesa. Rasa hendak muntah pun ada. Akhirnya saya teringat pose yoga yang boleh 'mengeluarkan angin' dari tubuh badan secara mudah. Saya mula mencari pose yoga yang ringkas di internet. Iyalah, kalau hendak guna pose yang lain nanti roomate saya 'terkejut beruk' pula tengok saya beryoga tengah-tengah malam dan dalam kegelapan pula tu. Akhirnya, saya terjumpa satu pose yang mudah lagi ringkas iaitu Pose Pawanmukta Asana seperti gambar di bawah:



Cara mengatasi perut masuk angin
Pose Pawanmukta Asana


Kelebihan Mengamalkan Pose Pawanmukta Asana
Sebelum saya terangkan bagaimana cara-cara untuk lakukan pose ini saya akan nyatakan antara kelebihan-kelebihan mengamalkan pose ini. Antaranya dapat mengaktifkan pankreas dan organ-organ abdomen yang lain. Bertindak terhadap kadar keasidan di dalam tubuh badan, masalah angin dan gastrik serta membantu mengurangkan lemak dibahagian abdomen.


Persediaan
Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah baring di atas lantai atau mat (tikar yoga jika ada) dan pandang ke atas. Pastikan kedua-dua tangan anda lurus dan berada dekat dengan badan dengan tapak tangan menyentuh lantai atau mat. Kedua-dua kaki lurus dan tumit menyentuh antara satu sama lain. Untuk gambaran yang lebih senang anda boleh tengok gambar yang berikut: 



Cara mengatasi perut masuk angin
Langkah-langkah Melakukan pose pawanmukta asana


Langkah-langkah
  1. Tarik nafas secara perlahan-lahan melalui rongga hidung dan tahan
  2. Luruskan tumit kaki dan tahan nafas. Peluk kaki kanan menggunakan kedua-dua tangan dan tekan secara perlahan-lahan ke perut. Biarkan selama 4-5 saat, dan sentuh lutut anda dengan hidung.
  3. Hembuskan nafas dan secara serentak turunkan kaki anda ke posisi yang asal dengan pergerakan yang perlahan
  4. Ulang proses ini dengan kaki kiri dan lakukan dengan kedua-dua kaki secara serentak. [Set Complete]
  5. Lakukan set latihan ini secara berulang. Mudah kan?

Cara mengatasi masalah perut masuk angin



Cara mengatasi perut masuk angin


Okay, dah habis baca kan? Begitulah antara langkah-langkah yang anda harus lakukan untuk keluarkan angin dari badan secara mudah. Saya sudah pun buat pose ini dan syukur selepas melakukannya beberapa saat saya terus sendawa. Perut rasa selesa dan yeah akhirnya saya boleh tidur lepas tu. Apa lagi? Jom buat pose ini dan jadikannya sebagai rutin harian anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan