Ahad, 16 November 2014

7 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Semasa Datang Haid



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid

Hari ini saya hendak berkongsi satu info yang sangat penting khususnya bagi golongan wanita. Kalau hari yang lepas saya menulis entri berkenaan dengan cara-cara untuk mengatasi masalah senggugut (klik sini) dan kali ini pula berkenaan dengan makanan yang anda perlu elakkan semasa datang haid, Pernah tak anda rasa tidak sihat seperti sakit senggugut, badan sakit-sakit, pening, dan sebagainya semasa datang haid? Tahu tidak semua ini berkaitan rapat dengan cara pemakanan anda. Oleh itu, jika anda tidak mahu 'dibayangi' oleh simptom-simptom tersebut anda hendaklah ambil peduli tentang apa yang anda makan. Berikut merupakan 7 jenis makanan yang anda tak boleh makan semasa datang haid:


1. Makanan Yang Telah Diproses


7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Makanan  yang telah diproses  adalah makanan yang senang diperolehi dan selalunya menjadi pilihan kerana mudah dan senang diperolehi. Anda tidak percaya? Cuba anda pergi shopping di pasar raya atau pun paling mudah di kedai runcit. Anda akan dapati makanan jenis ini sering memenuhi troli pembeli. Antara contoh makanan yang telah diproses ini seperti makanan tin, keropok dan sebagainya. Makanan jenis ini dikatakan mempunyai jumlah sodium yang banyak, di mana akan menyebabkan ketidakselesaan dan kekembungan. Sebaik-baiknya pilihlah makanan dan snek yang sihat seperti kacang tanpa garam.


2. Daging berlemak



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Menurut pemahaman saya dari artikel en.amerikanki.com daging mempunyai banyak lemak tepu di mana akan menyebabkan keradangan dan kesakitan. Tambahan lagi apabila anda dah cukup menderita dengan sakit senggugut, lemak ini akan menambahkan lagi kesakitan yang anda alami. Inilah penyebab mengapa anda tidak boleh makan daging yang berlemak semasa ada datang haid. Jika anda tak boleh hidup tanpa makan daging, anda boleh cuba daging tanpa lemak ataupun ikan.


3. "Commercial Baked"



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Commercial baked ni apa? Secara ringkasnya commercial baked adalah produk yang dihasilkan dalam skala yang besar di mana ia untuk dijual dan diproses di restoran atau kilang (bukan di dalam dapur rumah anda). Makanan seperti ini juga tidak baik dimakan semasa anda datang haid. Walaupun ia sedap dimakan tetapi hakikatnya mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada uterus semasa anda datang haid. Anda dinasihatkan makan roti yang kaya dengan fiber.


4. Makanan Manis


7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Tidak dinafikan kebanyakan wanita suka makan makanan yang manis termasuk saya. Kek, biskut, gula-gula dan makanan manis yang lain selalunya menjadi pilihan dan semestinya anda tidak boleh makan makanan seperti ini terutamanya kepada mereka yang sentiasa nak sihat dan ramping. Makanan manis hanya dapat redakan mood anda tenang hanya sekejap sahaja. Semasa anda datang haid, makanan manis akan menambahkan lagi sakit senggugut dan buat anda murung. Kalau nak makan makanan yang manis jugak, boleh makan buah-buahan seperti peach, tembikai atau mangga.


5. Ais Krim, Keju Dan Krim



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Anda suka makan ais krim, keju atau krim semasa datang haid? Baik simpan tepi meja niat anda itu sebelum anda kesakitan menanggung sakit senggugut. Ketiga-tiga jenis makanan ini mengandungi lemak dan mempunyai kesan seperti daging berlemak tadi. Jadi, anda dinasihatkan supaya mengelakkan diri dari makan makanan yang berkrim atau berkeju. Kalau takut nak kempunan boleh makan 'Non-dairy gelato' tanpa gula tambahan. 


6. Kafein



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Kafein juga boleh menyumbang kepada sakit senggugut dan menyebabkan haid tidak teratur. Ia juga boleh menyebabkan perubahan mood dan kesukaran untuk tidur. Anda dinasihatkan minum teh walaupun ia mengandungi kafein tetapi kandungannya kurang berbanding dengan kopi. Anda juga dilarang minum minuman yang bertenaga seperti 100 plus.


7. Alcohol



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Minuman alkohol juga dilarang semasa anda datang haid. Bagi yang muslim minuman alkohol adalah dilarang dan hukumnya haram. Alkohol boleh menyebabkan PMS symptoms dan kekejangan disamping menyebabkan perubahan mood dan menyumbang kepada kemurungan. Selain itu, alkohol juga boleh bertindak sebagai pencair darah, meningkatkan aliran darah dan ketidakselesaan. Oleh itu, "Jauhilah alkohol dan kopi dan nikmatilah air teh". Terima kasih kerana membaca dan selamat beramal! Silalah Share di  Facebook.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan