Isnin, 17 November 2014

Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015

Siapa-siapa nak join klik je banner di bawah ni.




Serba sedikit mengenai diri dan blog saya:
Saya merupakan seorang blogger yang berasal dari Sabah yang masih menuntut di salah satu IPTA di Sarawak. Mula berblogging pada tahun 2012 namun hanya aktif pada tahun ini. Blog saya banyak berkongsi maklumat yang berkenaan dengan tips kesihatan terutamanya YOGA. Kalau nak tips-tips untuk kesihatan rajin-rajinlah melawat blog saya. 

Ahad, 16 November 2014

7 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Semasa Datang Haid



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid

Hari ini saya hendak berkongsi satu info yang sangat penting khususnya bagi golongan wanita. Kalau hari yang lepas saya menulis entri berkenaan dengan cara-cara untuk mengatasi masalah senggugut (klik sini) dan kali ini pula berkenaan dengan makanan yang anda perlu elakkan semasa datang haid, Pernah tak anda rasa tidak sihat seperti sakit senggugut, badan sakit-sakit, pening, dan sebagainya semasa datang haid? Tahu tidak semua ini berkaitan rapat dengan cara pemakanan anda. Oleh itu, jika anda tidak mahu 'dibayangi' oleh simptom-simptom tersebut anda hendaklah ambil peduli tentang apa yang anda makan. Berikut merupakan 7 jenis makanan yang anda tak boleh makan semasa datang haid:


1. Makanan Yang Telah Diproses


7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Makanan  yang telah diproses  adalah makanan yang senang diperolehi dan selalunya menjadi pilihan kerana mudah dan senang diperolehi. Anda tidak percaya? Cuba anda pergi shopping di pasar raya atau pun paling mudah di kedai runcit. Anda akan dapati makanan jenis ini sering memenuhi troli pembeli. Antara contoh makanan yang telah diproses ini seperti makanan tin, keropok dan sebagainya. Makanan jenis ini dikatakan mempunyai jumlah sodium yang banyak, di mana akan menyebabkan ketidakselesaan dan kekembungan. Sebaik-baiknya pilihlah makanan dan snek yang sihat seperti kacang tanpa garam.


2. Daging berlemak



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Menurut pemahaman saya dari artikel en.amerikanki.com daging mempunyai banyak lemak tepu di mana akan menyebabkan keradangan dan kesakitan. Tambahan lagi apabila anda dah cukup menderita dengan sakit senggugut, lemak ini akan menambahkan lagi kesakitan yang anda alami. Inilah penyebab mengapa anda tidak boleh makan daging yang berlemak semasa ada datang haid. Jika anda tak boleh hidup tanpa makan daging, anda boleh cuba daging tanpa lemak ataupun ikan.


3. "Commercial Baked"



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Commercial baked ni apa? Secara ringkasnya commercial baked adalah produk yang dihasilkan dalam skala yang besar di mana ia untuk dijual dan diproses di restoran atau kilang (bukan di dalam dapur rumah anda). Makanan seperti ini juga tidak baik dimakan semasa anda datang haid. Walaupun ia sedap dimakan tetapi hakikatnya mengandungi jumlah lemak tepu yang tinggi. Ia boleh menyebabkan kesakitan pada uterus semasa anda datang haid. Anda dinasihatkan makan roti yang kaya dengan fiber.


4. Makanan Manis


7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Tidak dinafikan kebanyakan wanita suka makan makanan yang manis termasuk saya. Kek, biskut, gula-gula dan makanan manis yang lain selalunya menjadi pilihan dan semestinya anda tidak boleh makan makanan seperti ini terutamanya kepada mereka yang sentiasa nak sihat dan ramping. Makanan manis hanya dapat redakan mood anda tenang hanya sekejap sahaja. Semasa anda datang haid, makanan manis akan menambahkan lagi sakit senggugut dan buat anda murung. Kalau nak makan makanan yang manis jugak, boleh makan buah-buahan seperti peach, tembikai atau mangga.


5. Ais Krim, Keju Dan Krim



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Anda suka makan ais krim, keju atau krim semasa datang haid? Baik simpan tepi meja niat anda itu sebelum anda kesakitan menanggung sakit senggugut. Ketiga-tiga jenis makanan ini mengandungi lemak dan mempunyai kesan seperti daging berlemak tadi. Jadi, anda dinasihatkan supaya mengelakkan diri dari makan makanan yang berkrim atau berkeju. Kalau takut nak kempunan boleh makan 'Non-dairy gelato' tanpa gula tambahan. 


6. Kafein



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Kafein juga boleh menyumbang kepada sakit senggugut dan menyebabkan haid tidak teratur. Ia juga boleh menyebabkan perubahan mood dan kesukaran untuk tidur. Anda dinasihatkan minum teh walaupun ia mengandungi kafein tetapi kandungannya kurang berbanding dengan kopi. Anda juga dilarang minum minuman yang bertenaga seperti 100 plus.


7. Alcohol



7 jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa datang haid


Minuman alkohol juga dilarang semasa anda datang haid. Bagi yang muslim minuman alkohol adalah dilarang dan hukumnya haram. Alkohol boleh menyebabkan PMS symptoms dan kekejangan disamping menyebabkan perubahan mood dan menyumbang kepada kemurungan. Selain itu, alkohol juga boleh bertindak sebagai pencair darah, meningkatkan aliran darah dan ketidakselesaan. Oleh itu, "Jauhilah alkohol dan kopi dan nikmatilah air teh". Terima kasih kerana membaca dan selamat beramal! Silalah Share di  Facebook.


Sabtu, 15 November 2014

Yoga | Perut Selalu Masuk Angin?

Anda pernah sakit perut disebabkan masuk angin? Gastrik? Tentunya pernah apatah lagi mereka yang ada gastrik macam saya. Kali ini saya ingin berkongsi satu tips untuk mengatasi masalah perut masuk angin. Idea ini tercetus apabila saya 'diserang' sakit gastrik beberapa hari yang lepas selepas saya minum teh banyak-banyak. Macam biasa, apabila gastrik menyerang terasa perut tidak selesa. Rasa hendak muntah pun ada. Akhirnya saya teringat pose yoga yang boleh 'mengeluarkan angin' dari tubuh badan secara mudah. Saya mula mencari pose yoga yang ringkas di internet. Iyalah, kalau hendak guna pose yang lain nanti roomate saya 'terkejut beruk' pula tengok saya beryoga tengah-tengah malam dan dalam kegelapan pula tu. Akhirnya, saya terjumpa satu pose yang mudah lagi ringkas iaitu Pose Pawanmukta Asana seperti gambar di bawah:



Cara mengatasi perut masuk angin
Pose Pawanmukta Asana


Kelebihan Mengamalkan Pose Pawanmukta Asana
Sebelum saya terangkan bagaimana cara-cara untuk lakukan pose ini saya akan nyatakan antara kelebihan-kelebihan mengamalkan pose ini. Antaranya dapat mengaktifkan pankreas dan organ-organ abdomen yang lain. Bertindak terhadap kadar keasidan di dalam tubuh badan, masalah angin dan gastrik serta membantu mengurangkan lemak dibahagian abdomen.


Persediaan
Pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah baring di atas lantai atau mat (tikar yoga jika ada) dan pandang ke atas. Pastikan kedua-dua tangan anda lurus dan berada dekat dengan badan dengan tapak tangan menyentuh lantai atau mat. Kedua-dua kaki lurus dan tumit menyentuh antara satu sama lain. Untuk gambaran yang lebih senang anda boleh tengok gambar yang berikut: 



Cara mengatasi perut masuk angin
Langkah-langkah Melakukan pose pawanmukta asana


Langkah-langkah
  1. Tarik nafas secara perlahan-lahan melalui rongga hidung dan tahan
  2. Luruskan tumit kaki dan tahan nafas. Peluk kaki kanan menggunakan kedua-dua tangan dan tekan secara perlahan-lahan ke perut. Biarkan selama 4-5 saat, dan sentuh lutut anda dengan hidung.
  3. Hembuskan nafas dan secara serentak turunkan kaki anda ke posisi yang asal dengan pergerakan yang perlahan
  4. Ulang proses ini dengan kaki kiri dan lakukan dengan kedua-dua kaki secara serentak. [Set Complete]
  5. Lakukan set latihan ini secara berulang. Mudah kan?

Cara mengatasi masalah perut masuk angin



Cara mengatasi perut masuk angin


Okay, dah habis baca kan? Begitulah antara langkah-langkah yang anda harus lakukan untuk keluarkan angin dari badan secara mudah. Saya sudah pun buat pose ini dan syukur selepas melakukannya beberapa saat saya terus sendawa. Perut rasa selesa dan yeah akhirnya saya boleh tidur lepas tu. Apa lagi? Jom buat pose ini dan jadikannya sebagai rutin harian anda.

Rabu, 12 November 2014

Yoga | 3 Pose Terbaik Untuk Atasi Sakit Senggugut (Period Cramps)

Saya tertarik untuk menulis  entri mengenai  cara untuk mengatasi sakit senggugut dengan menggunakan beberapa pose yoga yang mudah. Senggugut atau nama saintifiknya dikenali sebagai dysmenorrhea sering menyerang para wanita. Biasanya senggugut akan berlaku sama ada sebelum atau semasa haid. Senggugut ataupun Period Cramps ini bukan perkara yang biasa lagi pada hari ini. Sesetengah wanita terpaksa menanggung kesakitan setiap kali datang haid pada setiap bulan dan pastinya hanya wanita sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika sakit senggugut menyerang. Biasanya, senggugut ini berlaku pada wanita yang berumur di bawah 30-an. Antara simptom-simptom lain yang akan berlaku kepada mereka yang mengalami senggugut di antaranya pening, muntah-muntah, kekejangan di bahagian bawah perut, rasa sejuk dan sebagainya. Oleh itu, untuk mengelakkan atau mengatasi sakit senggugut ini terdapat 3 pose yoga yang sangat mudah untuk dipraktikkan.



3 Pose Terbaik Untuk Sakit Senggugut (Period Cramps)
1. Child's Pose (Balasana)



3 Pose Terbaik Untuk Sakit Senggugut (Period Cramps)
2. Bow Pose (Dhanurasana)


3 Pose Terbaik Untuk Sakit Senggugut (Period Cramps)
3. Camel Pose (Ustrasana)


Ketiga-tiga pose di atas adalah sebahagian daripada pose yoga yang boleh mengatasi sakit senggugut. Seperti biasa, semasa melakukan pose tersebut anda hendaklah melakukan exhale and inhale (Tarik nafas dan hembus) secara perlahan-lahan dan teratur. Jika anda rasa pose tersebut susah untuk dilakukan jangan paksa diri anda. Anda boleh memulakan dengan pose yang lebih mudah seperti Child's Pose dan saya pasti anda akan tertarik untuk melakukan yoga untuk yang seterusnya. Sebenarnya, lebih banyak lagi pose yang boleh digunakan seperti pose Head To Knee Forward Bend (Janu Sirsasana). Selain daripada poses yang telah saya sebutkan tadi anda juga boleh menggunakan cara biasa iaitu simpan air panas dalam botol (jangan terlalu panas). Saya selalu menggunakan cara ini ketika ada rakan-rakan saya yang sakit senggugut. Anda juga boleh mengurut secara perlahan-lahan dibahagian piggang, bawah perut dan juga punggung. InshaAllah kedua-dua cara tersebut akan dapat mengurangkan kesakitan yang anda alami. Terima kasih kerana membaca. Good Luck.

Selasa, 11 November 2014

Yoga | 10 Pose Terbaik Untuk Menghilangkan Sakit Kepala



10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala



Mesti anda pernah mengalami sakit kepala kan? Atau paling teruk migraine. Apa yang anda akan lakukan apabila sakit kepala atau migraine mula menyerang. Mengambil ubat? Paling simpel makan Panadol atau Paracetamol. Tapi bukankah makan Panadol atau Paracetamol itu tidak baik untuk kesihatan. Jadi, entri kali ini adalah berkenaan dengan cara untuk mengurangkan sakit kepala atau paling baik menghilangkan sakit kepala ini dengan 10 jenis 'pose' yoga yang simpel. Iyalah, siapalah yang suka apabila mengalami sakit kepala. 


"Yoga helps to release tension and stress in the body, and the majority of headaches are usually tension related" -Lynn A. Anderson, Ph.D

"Yoga gives the individual  an oppurtinity to slow down relax, and also really improves circulation throughout the body. Anytime you improve circulation, the improves pain and stress"-Lynn A. Anderson, Ph.D

Anda dah habis baca apa yang dinyatakan oleh Dr. Anderson? Mengikut beliau sakit kepala ini berkait rapat dengan tekanan yang dihadapi oleh seseorang. Macam mana cara untuk mengatasi masalah ini? Baca balik statement yang kedua di mana yoga ini akan membantu seseorang individu untuk tenang dan akan memperbaiki peredaran darah di dalam badan. Semakin lancar peredaran darah di dalam badan maka ia akan mengurangkan kesakitan dan stres yang sedang dihadapi oleh seseorang. Tambah beliau lagi, dengan melakukan yoga, oksigen dan darah akan mengalir ke dalam otak. Hebat tidak? Berikut merupakan 10 'pose' yoga yang boleh anda lakukan kerana ia sangat mudah untuk dilakukan: 



10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
1. Cat Pose (Marjaryasana)

10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
2. Modified Eagle Pose (Garudasana)


10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
3. Seated Forward Bend (Paschimottanasana)


10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
4. Child's Pose (Balasana)

10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
5. Legs Up The Wall Pose (Viparita Karani)


10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
6. Knees-To-Chest Pose (Apasana)


10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
7. Seated Spinal Twist (Ardha Matsyendrasana)


10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
8. Head To Knee Pose (Janusirsasana)


10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
9. Corpse Pose (Savasana)


10 pose terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
10. Deep Breathing (Pranayama)

Itulah antara 10 'poses' yoga yang boleh menghilangkan sakit kepala. Anda boleh cuba selepas ini sama ada di rumah, di kelas, atau di tempat kerja. Jika semua 'poses' ini kurang berkesan anda boleh cari cara yang lain. Anda boleh akses di internet. Bagi yang muslim anda mempunyai kelebihan. Tanpa yoga ini peredaran darah secara automatik akan mengalir ke semua bahagian otak semasa sujud di dalam solat. Macam yang dikatakan oleh Dr. Anderson semakin lancar peredaran darah di dalam tubuh badan anda kesakitan dan stres akan dapat diatasi. Good luck. 

Segmen: Blogwalking By DayangDeno #2

Klik banner di bawah kalau nak join.






Isnin, 10 November 2014

Yoga | Kurangkan Berat Badan Dengan Yoga

Kenapa yoga? Mesti soalan itu yang terdetik dihati kalian pada saat ini. Faktanya, yoga sangat terkenal pada hari ini terutamanya di Eropah. Eropah? Kenapa pulak Eropah? Bukankah yoga ini berasal dari India. Blah..blah..blah..Okay stop. Bukan itu yang saya nak ceritakan. Di sini saya nak kongsikan bagaimana yoga boleh mengurangkan berat badan anda. Fakta ni saya baca dari sebuah artikel yang ditulis oleh seorang Guru Yoga iaitu Katrina Love Senn. Entah tu nama dia sebenar atau bukan. Tapi saya pilih satu point sahaja yang berkaitan dengan turun naik berat badan iaitu iaitu 'Yoga boleh membuatkan badan dan minda anda relax'. Saya pilih point ini kerana ia memang berkesan untuk diamalkan kerana saya juga mengamalkan yoga untuk kesihatan (Saja nak bagi tau).




Yoga Boleh Membuatkan Badan dan Minda anda Relax

Banyak tekanan yang kita hadapi pada hari ini. Kalau orang-orang biasa yang tak ada kerja duduk di   rumah boleh stress apa lagi orang yang dah bekerja atau yang paling simple pelajar seperti saya. Setiap hari ada saja tugasan yang kena disiapkan. Tekanan inilah yang mendorong berat badan anda menaik. "Aik..kenapa pulak? Suka hati dia aja buat conclusion". Makan makanan 'Junk Food' atau 'Fast Food' semasa stress selalu berlaku. Mesti anda pernah mengalami situasi duduk bersantai di atas sofa menonton movie sambil makan makanan ringan untuk melepaskan stress. Apakah kesannya jika anda makan makanan yang tidak sihat?. Saya rasa tak perlulah saya jawab soalan itu kerana anda lebih tahu. Kesannya berat badan anda menaik!


Oleh itu, dengan mengamalkan yoga akan membuatkan badan dan minda anda relax. Minda saling berkait rapat dengan tubuh badan anda. Yoga adalah cara mudah untuk membantu anda lebih relax. Apabila anda mengamalkan yoga, secara automatik akan membantu tubuh badan dan minda anda relax. Dengan erti kata lain, semakin anda relax, anda akan dapat mengurus tekanan yang anda hadapi dalam kehidupan, Berat badan akan menurun secara natural. Banyak 'pose' yoga yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Antara 'poses' yang boleh mengurangkan tekanan yang hadapi sekaligus mengurangkan berat badan anda adalah seperti 'The Cobra Pose', The Tiger Pose', 'The Triangle Pose', 'The Brahmah Pose' dan banyak lagi lah. Nak tahu lebih lanjut? Boleh lah cari kat google. Di situ berlambak-lambak.


The Cobra Pose

The Brahmah Pose

The Tiger Pose

The Triangle Pose


Jadi, nak tunggu apa lagi? Jom amalkan yoga untuk kesihatan.