Isnin, 10 November 2014

Yoga | Kurangkan Berat Badan Dengan Yoga

Kenapa yoga? Mesti soalan itu yang terdetik dihati kalian pada saat ini. Faktanya, yoga sangat terkenal pada hari ini terutamanya di Eropah. Eropah? Kenapa pulak Eropah? Bukankah yoga ini berasal dari India. Blah..blah..blah..Okay stop. Bukan itu yang saya nak ceritakan. Di sini saya nak kongsikan bagaimana yoga boleh mengurangkan berat badan anda. Fakta ni saya baca dari sebuah artikel yang ditulis oleh seorang Guru Yoga iaitu Katrina Love Senn. Entah tu nama dia sebenar atau bukan. Tapi saya pilih satu point sahaja yang berkaitan dengan turun naik berat badan iaitu iaitu 'Yoga boleh membuatkan badan dan minda anda relax'. Saya pilih point ini kerana ia memang berkesan untuk diamalkan kerana saya juga mengamalkan yoga untuk kesihatan (Saja nak bagi tau).




Yoga Boleh Membuatkan Badan dan Minda anda Relax

Banyak tekanan yang kita hadapi pada hari ini. Kalau orang-orang biasa yang tak ada kerja duduk di   rumah boleh stress apa lagi orang yang dah bekerja atau yang paling simple pelajar seperti saya. Setiap hari ada saja tugasan yang kena disiapkan. Tekanan inilah yang mendorong berat badan anda menaik. "Aik..kenapa pulak? Suka hati dia aja buat conclusion". Makan makanan 'Junk Food' atau 'Fast Food' semasa stress selalu berlaku. Mesti anda pernah mengalami situasi duduk bersantai di atas sofa menonton movie sambil makan makanan ringan untuk melepaskan stress. Apakah kesannya jika anda makan makanan yang tidak sihat?. Saya rasa tak perlulah saya jawab soalan itu kerana anda lebih tahu. Kesannya berat badan anda menaik!


Oleh itu, dengan mengamalkan yoga akan membuatkan badan dan minda anda relax. Minda saling berkait rapat dengan tubuh badan anda. Yoga adalah cara mudah untuk membantu anda lebih relax. Apabila anda mengamalkan yoga, secara automatik akan membantu tubuh badan dan minda anda relax. Dengan erti kata lain, semakin anda relax, anda akan dapat mengurus tekanan yang anda hadapi dalam kehidupan, Berat badan akan menurun secara natural. Banyak 'pose' yoga yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Antara 'poses' yang boleh mengurangkan tekanan yang hadapi sekaligus mengurangkan berat badan anda adalah seperti 'The Cobra Pose', The Tiger Pose', 'The Triangle Pose', 'The Brahmah Pose' dan banyak lagi lah. Nak tahu lebih lanjut? Boleh lah cari kat google. Di situ berlambak-lambak.


The Cobra Pose

The Brahmah Pose

The Tiger Pose

The Triangle Pose


Jadi, nak tunggu apa lagi? Jom amalkan yoga untuk kesihatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan