Rabu, 12 November 2014

Yoga | 3 Pose Terbaik Untuk Atasi Sakit Senggugut (Period Cramps)

Saya tertarik untuk menulis  entri mengenai  cara untuk mengatasi sakit senggugut dengan menggunakan beberapa pose yoga yang mudah. Senggugut atau nama saintifiknya dikenali sebagai dysmenorrhea sering menyerang para wanita. Biasanya senggugut akan berlaku sama ada sebelum atau semasa haid. Senggugut ataupun Period Cramps ini bukan perkara yang biasa lagi pada hari ini. Sesetengah wanita terpaksa menanggung kesakitan setiap kali datang haid pada setiap bulan dan pastinya hanya wanita sahaja yang tahu betapa sakitnya ketika sakit senggugut menyerang. Biasanya, senggugut ini berlaku pada wanita yang berumur di bawah 30-an. Antara simptom-simptom lain yang akan berlaku kepada mereka yang mengalami senggugut di antaranya pening, muntah-muntah, kekejangan di bahagian bawah perut, rasa sejuk dan sebagainya. Oleh itu, untuk mengelakkan atau mengatasi sakit senggugut ini terdapat 3 pose yoga yang sangat mudah untuk dipraktikkan.



3 Pose Terbaik Untuk Sakit Senggugut (Period Cramps)
1. Child's Pose (Balasana)



3 Pose Terbaik Untuk Sakit Senggugut (Period Cramps)
2. Bow Pose (Dhanurasana)


3 Pose Terbaik Untuk Sakit Senggugut (Period Cramps)
3. Camel Pose (Ustrasana)


Ketiga-tiga pose di atas adalah sebahagian daripada pose yoga yang boleh mengatasi sakit senggugut. Seperti biasa, semasa melakukan pose tersebut anda hendaklah melakukan exhale and inhale (Tarik nafas dan hembus) secara perlahan-lahan dan teratur. Jika anda rasa pose tersebut susah untuk dilakukan jangan paksa diri anda. Anda boleh memulakan dengan pose yang lebih mudah seperti Child's Pose dan saya pasti anda akan tertarik untuk melakukan yoga untuk yang seterusnya. Sebenarnya, lebih banyak lagi pose yang boleh digunakan seperti pose Head To Knee Forward Bend (Janu Sirsasana). Selain daripada poses yang telah saya sebutkan tadi anda juga boleh menggunakan cara biasa iaitu simpan air panas dalam botol (jangan terlalu panas). Saya selalu menggunakan cara ini ketika ada rakan-rakan saya yang sakit senggugut. Anda juga boleh mengurut secara perlahan-lahan dibahagian piggang, bawah perut dan juga punggung. InshaAllah kedua-dua cara tersebut akan dapat mengurangkan kesakitan yang anda alami. Terima kasih kerana membaca. Good Luck.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan